Tuesday, 1 July 2014

Tips Membeli Secara OnLine

Tips Membeli Barangan atau Perkhidmatan Secara OnLiNe


Ramai antara kita masa kita yang gemar membeli barangan atas talian atau online, namun pembelian sebegini mempunyai kesan baik dan buruknya.

Berhati-hati dengan perniagaan di alam maya seperti facebook, twitter, blog, instagram, whatsapps dan etc yang menjadi landasan untuk menjual produk dan perkhidmatan.

Kebaikan

  • Menjimatkan masa - tidak perlu singgah banyak tempat, hanya cari di google barang yang diingini.
  • Menjimatkan kos - tempat letak kereta, petrol, atau tambang, dan tol.
  • Bertukar pendapat dengan pembelian lain atas talian
  • Melihat testimonial sebagai bukti kepuasan pelanggan
  • Mengikuti peredaran fesyen terkini (trend semasa)

Kelemahan

  • Risiko ditipu penjual
  • Barangan lambat atau tidak sampai
  • Sukar menukar barang akibat kerosakan postage
  • Barangan tidak sama seperti diiklan - warna tidak sama akibat pantulan cahaya atau edited, saiz juga kadang kala berbeza.

Tips atau Nasihat kepada PEMBELI secara online

  1. Harus bijaksana - tahu yang mana keperluan dan kemahuan.
  2. Berfikir sebelum bertindak - jangan terus bank in tanpa usul periksa sesuatu entiti perniagaan online tersebut.
  3. Jangan mudah percaya dengan gambar, perlu tahu jenis, kualiti, dan material.
  4. Kaji testimonial pelanggan sebelum membeli.
  5. Pastikan anda menyimpan resit dan segala dokumentasi online.
  6. Bagi yang beragama ISLAM lakukanlah akad jual beli setelah menerima barangan.
"Berbelanjalah ikut kemampuan dan tidak boros"


No comments:

Post a Comment