Monday, 7 July 2014

Tips membeli hartanah melalui lelongan awam

Tips membeli hartanah melalui lelongan awam


  • SEBELUM LELONGAN:


  1. Pastikan memiliki salinan Pengisytiharan Jualan Lelongan Awam.
  2. Kenalpasti tempat, tarikh dan masa lelongan.
  3. Pastikan harga rezab.
  4. Pastikan status hartanah seperti rezab bumiputera.
  5. Pastikan isu kebenaran pindah milik.
  6. Kenalpasti nombor hak milik, lot, mukim, daerah, dan negeri; jenis pegangan terhad, pajakan atau bebas; keluasan; cukai tanah; 
  7. Pastikan tiada kaveat, sewaan atau sebarang tanggungan ke atas hak milik.
  8. Carian rasmi ke atas hartanah di pejabat tanah adalah penting.
  9. Baca semua terma dan syarat. Antaranya siapakah yang akan bertanggungjawab membayar bil-bil tertunggak, cukai tanah dan pintu, kos selenggara dan sebagainya jika ada.
  10. Umumnya terma dan syarat dalam pengisytiharan lelongan awam adalah berbeza bagi setiap bank. Hubungi bank untuk mendapatkan penjelasan. 
  11. Pastikan selepas berjaya membeli, hartanah tersebut dapat diduduki atau dimiliki tanpa sebarang halangan seperti sewaan, pajakan dan sebagainya.
  • > HARI LELONGAN:
  1.  Deposit bank deraf sebanyak 10 peratus daripada harga rezab. kepada jurulelong berlesen sebelum layak menjadi pembida.
  2. Beri tumpuan kepada jurulelong Mungkin ada perkara baru diumumkan. Memberi peluang untuk menarik diri jika perlu.
  3. Pembida menawar harga tertinggi akan berjaya.
  4. Selesai pemilihan, tandatangan satu perjanjian dengan pemilik hartanah atau bank.
  • SELEPAS LELONGAN
  1. Tandatangan kontrak jualbeli.
  2. Biasanya dalam masa 120 hari diberi tempoh menguruskan pembiayaan kewangan jika perlu.
Terima kasih, semoga mambantu anda dengan sedikit pengetahuan!!!

No comments:

Post a Comment