Wednesday, 15 January 2014

Punca Diabetes Type 2

Bagaimana Kencing Manis (Jenis 2) Terjadi?

Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.

Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.

Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.

Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
diabetes
Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.

Diabetes type 2
Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis Jenis 2

Adakah Itu Salah Gula/Glukosa?

TIDAK!!!

Kerap saya dengar pesakit kencing manis mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga.

Jangan Salahkan GULA

"Kencing Manis (Type 2) BUKAN disebabkan oleh Pengambilan Gula atau Karbohidrat yang berlebihan! Ia juga BUKAN berpunca daripada kekurangan Insulin"



Selama ini kita kerap dengar pesakit kencing manis kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan manis, elakkan daripada makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi.

Ramai yang mengikut arahan tersebut 100%! Tetapi keadaan badan pesakit tersebut tidak nampaknya bertambah baik. Malahan, badan pesakit cuma menjadi semakin kurus dan dia menjadi samakin letih dan lemah, dari segi fizikal dan mental.

Apabila keadaan menjadi semakin teruk di mana fungsi organ-organ seperti buah pinggang dan mata menjadi semakin merosot, emosi pesakit akan mula tukar menjadi panas baran dan kerap rasa sedih. Sila bersabar dan cuba fahami dan rasai perasaan mereka. Perubahan emosi atau personaliti pesakit adalah tanda-tanda dia sudah mula putus asa dan masa ini merupakan cabaran yang paling susah bagi keluarga pesakit.

Jangan salahkan doktor anda atas kegagalan untuk membasmikan masalah kencing manis anda, ini adalah kerana mereka berada di dalam satu sistem perubatan yang dipengaruhi oleh syarikat-syarikat pembuat ubat dari negara barat. Syarikat-syarikat inilah yang menaja kebanyakan kajian sains perubatan dan penciptaan ubat baru di institusi-institusi pendidikan perubatan.

"Anda Merupakan Apa Anda Pernah Makan"
Masalah kencing manis yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Kencing ManisBUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid.
Kalau kencing manis itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, diabetes tidak menjangkit! Diabetes bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apa fungsi ubat-ubat kencing manis yang doktor bagi itu?
Untuk tujuan pengawalan paras gula dalam darah (khasnya selepas makan), anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan sampingan di mana doktor sendiri pun belum tahu lagi.

Ingin sihat bertenaga...

Sila Makan Nasi!

Makan Nasi!!! Tapi perlu bahagikan waktu makan itu kepada beberapa sekali sehari. Petuanya adalah, kurangkan quantiti nasi, tambahkan kekerapan. Contohnya, katakan anda sentiasa makan 1 mangkuk nasi untuk makan tengah hari. Kini andan perlu bahagi 1 mangkuk nasi itu kepada 3 dan sebarkan pengambilannya kepada 1/3 mangkuk nasi setiap 1 jam. Dengan cara ini, anda boleh elakkan lonjatan glukosa darah dan bagi masa untuk badan anda memproses sumber tenaga tersebut.

Anda dicadangkan supaya makan nasi 'Brown Rice' dan bukannya nasi putih. Ini adalah kerana Brown Rice mempunyai gentian fiber (lapisan yang berwarna coklat tu), fiber ini boleh memperlahankan penyerapan glukosa ke dalam darah dan ini akan membuat kekenyangan itu tahan lebih lama. Saya tahu nasi Brown Rice ada sejenis bau (yang serupa makanan kering untuk ayam belaan) yang tak seberapa sedap. Anda boleh cuba letak beberapa cubing bawang putih ke dalam beras Brown Rice itu semasa anda masaknya, bau wangi bawang putih boleh menutup bau pelik Brown Rice itu.

Dari segi lauk, anda perlu kurangkan memakan masakan yang berdaging dan berasa 'berat'. Tukar ala lauk anda kepada yang lebih 'ringan'. Tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Masalah Perubatan Moden

Setakat ini, tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis ini! Hakikatnya, ubat yang boleh menyembuhkan penyakit Kencing Manis Jenis 2 TIDAK akan wujud! Ini adalah kerana para saintis dan pakar perubatan masih menuju pada arah yang sama! Mereka masih melihat masalah ini dari sudut fikiran yang sama seperti 50 tahun yang lepas.

Ubat! Ubat! Ubat!

Mereka lebih fokus pada mencipta Ubat daripada mencari punca sebenar penyakit ini. Anda tahukah siapa yang merupakan penaja utama semua 'kajian' saintifik mengenai pelbagai penyakit?

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit Kencing Manis Jenis 2:

Metformin - Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin. Kesan sampingan yang biasa dialami adalah masalah cirit birit.

Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.

Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.

Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Suntikan Insulin - Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.

Anda rasa mana satu antara ubat-ubat ini adalah semula jadi? TIADA satu pun! Ubat perangsang pankreas cuma memaksa ia berkerja O.T. untuk menghasilkan insulin yang lebih banyak! Begitu juga dengan ubat yang cuba meningkatkan sensitivi reseptor insulin pada membran sel. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi apabila anda paksa satu kuda lari berterusan tanpa berhenti atau rehat?

Semua ubat tersebut target pada pengurangan glukosa dalam darah. Tiada satu pun yang cuba untuk mengatasi punca sebenar Rintangan Insulin!

Apakah Punca Sebenar Rintangan Insulin dan Apakah Cara Untuk Menghapuskannya?


Punca Utama Adalah... ASID!!!


Berikut adalah fakta yang sangat ringkas dan jelas, 70% daripada badan anda adalah terdiri daripada AIR! Anda membazirkan banyak masa dan tenaga menghafal apa makanan yang tak boleh makan, tetapi pernahkan anda meluangkan sedikit masa untuk belajar apa air yang patut dielakkan?

Anda mungkin tahu bahawa terdapat pelbagai jenis air yang berada di pasaran, seperti Air MineralAir SulingAir R.O.Air Aura, dan macam-macam lagi... Tetapi, adakah anda ketahui yang mana satunya adalah Berasid (TERUK untuk kencing manis), Neutral atau Beralkali?

Air bukannya sekadar H2O sahaja... Khasnya dalam keadaan anda sekarang, anda amat perlu minum Air Alkali Ionik yang boleh melarut dan neutralkan asid urik yang terdapat di dalam badan anda.

Bagaimana Boleh Menghapuskan ASID?

Jawapannya adalah...

Air Alkali Berion

Air Alkali Ionik adalah air minuman yang telah diaktifkan dengan unsur mineral ionik yang boleh menukarkan air minuman biasa menjadi bersifat alkali dan anti-oksida yang tinggi.

Terdapat 2 cara untuk menghasilkan Air Alkali Ionik:

Cara 1: Memasang mesin pengion air di dapur yang boleh mengionkan mineral-mineral di dalam air paip dan menjadikan ia bersifat alkali dan anti-oksida. Masalah dengan cara ini adalah kos mesin pengion adalah sangat tinggi, iaitu sekitar RM 3,000 satu unit dan kos penyelenggaraan (maintenance) tahunan adalah sekitar RM500. Terdapat satu lagi masalah mengenai cara ini adalah terdapat terlalu banyak syarikat-syarikat MLM di negara ini yang menjual penapis-penapis air yang mengelirukan. Setiap satu pun katakan bahawa penapis air mereka adalah terbaik dan mengutuk penapis air jenama lain adalah kurang bagus ataupun bahaya.

Cara 2: Jika dibandingkan dengan Cara 1, cara ini adalah lebih ekonomi dan praktikal. Cara ini adalah dengan menambah unsur mineral aktif ke dalam air minuman biasa anda ataupun air botol yang dibeli di pasaraya. Unsur mineral aktif ini telahpun diionikkan atau dicaskan dengan Teknologi Nano. Unsur mineral aktif tulen ini biasanya diisikan di dalam kapsul untuk menyenangkan ukuran dan kosnya adalah jauh lebih rendah berbanding dengan mesin pengion air.

Selamat Mencuba... !!!

No comments:

Post a Comment