Monday, 21 July 2014

Khasiat Pisang

Selalu Murung dan Tertekan ? Emosi terganggu ? Selalu Stress ? Cuba try makan buah pisang banyak2...

Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.

Khasiat - khasiat Pisang:

✔Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok.
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

✔ Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

✔ Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

✔ Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

✔ Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

✔ Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

Info !

- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 - 6 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam
Photo: Selalu Murung dan Tertekan ? Emosi terganggu ? Selalu Stress ? Cuba try makan buah pisang banyak2...

Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.

Khasiat - khasiat Pisang:

✔Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok.
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

✔ Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

✔ Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

✔ Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

✔ Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

✔ Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

Info !

- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 - 6 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam

MAKANAN @ Rahsia Perkahwinan

Saturday, 19 July 2014

Kuaci baik untuk pundi kencing

Kuaci baik untuk pundi kencing

17 Jul – Tahukah anda bahawa kuaci mempunyai kebaikan untuk tubuh badan anda? Ia mampu menguatkan otot pundi kencing. Ini kerana apabila usia semakin meningkat bagi sesetengah orang, masalah gagal mengawal pundi kencing semakin serius jika tidak dikawal. Dipetik dari Harian Metro, pengaliran air kencing setitis demi setitis tanpa disedari ini tentu mengganggu terutama jika hendak sembahyang.

Jadi, untuk mengatasinya anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan biji bunga matahari atau lebih dikenali dengan kuaci.

Ini kerana kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.

Minyak biji kuaci juga baik digunakan dalam masakan kerana ia mampu menurunkan paras kolesterol.

Selain itu, kuaci juga menguatkan otot pundi kencing dan melawaskan pembuangan air kencing.

Saturday, 12 July 2014

TIPS: MELEMBUTKAN DAGING BEKU DALAM 5 MINIT

TIPS: MELEMBUTKAN DAGING BEKU DALAM 5 MINIT


Daging beku sememangnya mengambil masa untuk lembut. Teknik melembutkan daging dengan cepat ini yang bakal dikongsi akan menjadi amat berguna di bulan puasa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerja tapi masih ingin keluarga menjamah masakan di rumah. 

Caranya cukup mudah dan anda hanya perlu dua periuk jenis steel (besi). Tekniknya seperti berikut.

1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan pada permukaan belakang (bahagian bawah) periuk tadi.


3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)


4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.


5. Tunggu sehingga daging beku tersebut  menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

https://www.facebook.com/photo.php?v=664945870266042&set=vb.421754571251841&type=2&theater

Selamat mencuba ....

p/s: Petua ini dkongsi oleh sebuah stesen TV di Taiwan

Tips jaga kecantikan mata


Mata merupakan salah satu aset penting buat wanita selain rambut. Oleh itu, penjagaan mata sangat dititik beratkan oleh kaum wanita. Namun, mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, alat solek dan pelbagai faktor lain.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk menjaga kecantikan mata anda yang dipetik dari majalah Intrend .

Tanggalkan sisa mekap pembayang mata, maskara dan celak sebersihnya sebelum tidur. Sisa solekan yang masih melekapi kulit akan membuatkan mata kelihatan sembab dan letih keesokannya.

Tekapkan ais yang dibalut kain pada sekitar mata selepas bangun tidur atau sebelum mula bersolek. Ini untuk melancarkan peredaran darah pada sekitar bawah mata agar nampak lebih segar sambil menyingkirkan tekanan osmosis berlebihan pada mata.

Elakkan memupuk mekap atau krim mata dengan gerakan keras. Elakkan juga sapuan berlawanan arah yang kuat dan kerap. Usap selembutnya.

Selalulah memakai cermin mata apabila hari panas terik. Kulit pada bawah mata amat nipis dan kapilari di bawah dermis mudah terjejas akibat stres dan rejaman sinar UV matahari.

Monday, 7 July 2014

Tips membeli hartanah melalui lelongan awam

Tips membeli hartanah melalui lelongan awam


  • SEBELUM LELONGAN:


  1. Pastikan memiliki salinan Pengisytiharan Jualan Lelongan Awam.
  2. Kenalpasti tempat, tarikh dan masa lelongan.
  3. Pastikan harga rezab.
  4. Pastikan status hartanah seperti rezab bumiputera.
  5. Pastikan isu kebenaran pindah milik.
  6. Kenalpasti nombor hak milik, lot, mukim, daerah, dan negeri; jenis pegangan terhad, pajakan atau bebas; keluasan; cukai tanah; 
  7. Pastikan tiada kaveat, sewaan atau sebarang tanggungan ke atas hak milik.
  8. Carian rasmi ke atas hartanah di pejabat tanah adalah penting.
  9. Baca semua terma dan syarat. Antaranya siapakah yang akan bertanggungjawab membayar bil-bil tertunggak, cukai tanah dan pintu, kos selenggara dan sebagainya jika ada.
  10. Umumnya terma dan syarat dalam pengisytiharan lelongan awam adalah berbeza bagi setiap bank. Hubungi bank untuk mendapatkan penjelasan. 
  11. Pastikan selepas berjaya membeli, hartanah tersebut dapat diduduki atau dimiliki tanpa sebarang halangan seperti sewaan, pajakan dan sebagainya.
  • > HARI LELONGAN:
  1.  Deposit bank deraf sebanyak 10 peratus daripada harga rezab. kepada jurulelong berlesen sebelum layak menjadi pembida.
  2. Beri tumpuan kepada jurulelong Mungkin ada perkara baru diumumkan. Memberi peluang untuk menarik diri jika perlu.
  3. Pembida menawar harga tertinggi akan berjaya.
  4. Selesai pemilihan, tandatangan satu perjanjian dengan pemilik hartanah atau bank.
  • SELEPAS LELONGAN
  1. Tandatangan kontrak jualbeli.
  2. Biasanya dalam masa 120 hari diberi tempoh menguruskan pembiayaan kewangan jika perlu.
Terima kasih, semoga mambantu anda dengan sedikit pengetahuan!!!

Saturday, 5 July 2014

Petua menghilangkan mengantuk

Sejak bermulanya ramadan aku banyak menerima tips2 untuk menghilangkan mengantuk semasa solat tarawih. Antara yang menarik perhatian aku ialah rsepi minyak zaitun. Anda cuba lah ...

Resepi Minyak Zaitun

Pada bulan ramadan kita sering mengantuk semasa solat terawih. Mungkin disebabkan masalah penghadaman makanan yang lambat. Di sini saya ingin kongsikan resepi khas yang patut diamalkan semasa berbuka puasa dan bersahur. Insyaallah ada keberkatannya...

Bahan-bahan:


  • 1 sudu besar minyak zaitun (extra virgin olive oil) harga lebih kurang RM15 untuk 500ml
  • 1 sudu besar madu asli



    1. Madu Asli Iran

      • 1 biji limau kasturi
      • Limau kasturi
      • Secubit garam
      • Garam adalah perkara penting dalam masakan. So kalau takde garam ni ...
      Cara-cara Membancuh:
      1. Perahkan limau kasturi ke dalam gelas. Asingkan bijinya.
      2. Masukkan minyak zaitun, madu, dan secubit garam.
      3. Kacau sehingga sebati dan minum 2 sudu selepas berbuka dan semasa sahur.
      Anda boleh kongsikan resepi ini dan menceritakan pengalaman anda setelah mencubanya.

      Thursday, 3 July 2014

      Sukar menghafal NOTA

      Tips untuk menghafal nota

      Sebagai murid, bukan mudah untuk seseorang menghafal fakta. Namun demikian, kesukaran menghafal fakta bukanlah penghalang atau alasan seseorang untuk berjaya.

      Menghafal ialah satu cara untuk membantu seseorang itu menimba ilmu baharu. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa menghafal sahaja tanpa memahami sesuatu perkara ialah perbuatan yang kurang bijak.

      Sikap itu akan membuat seseorang itu mengambil ringan terhadap ilmu yang dipelajari selepas peperiksaan. Fakta bukan setakat diingat tetapi perlu difahami dan dihayati sampai bila-bila.

      Tips untuk anda menghafal ...

      Mula belajar sejak awal
      Rancang sebaik mungkin masa anda untuk mengulangkaji dan cuba memahami sesuatu topik sebelum menghafal.

      Mengulangkaji secara sedikit-sedikit
      Daya ingatan kita terhad. Otak tidak mampu memproses dan mengingat banyak maklumat. Cuba fokus kepada topik-topik kecil. Buat jadual waktu. Ulangkaji hanya beberapa topik kecil setiap hari.

      "Kerja yang paling baik ialah kerja yang sedikit tetapi berkekalan sepanjang masa"

      Menggunakan imej sebagai bantuan
      Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan atau fakta. Oleh yang demikian dapatkan bantuan imej di setiap hujung nota. 

      Tampal nota kecil
      Menghafal bukan sahaja memerlukan daya ingatan yang kuat. Cubas catat atau tulis fakta dalam bentuk nota kecil dan ringkas. Tampal di lokasi mudah dilihat seperti di cermin, atau di dinding. Bila terlihat nota tersebut cuba baca kembali.

      Jaga pemakanan
      Pemakanan juga salah satu punca mempengaruhi hafalan. Makanan ringan seperti snek, air bergas, mee segera dll boleh melembabkan fungsi otak

      Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat.

      Tuesday, 1 July 2014

      Tips Membeli Secara OnLine

      Tips Membeli Barangan atau Perkhidmatan Secara OnLiNe


      Ramai antara kita masa kita yang gemar membeli barangan atas talian atau online, namun pembelian sebegini mempunyai kesan baik dan buruknya.

      Berhati-hati dengan perniagaan di alam maya seperti facebook, twitter, blog, instagram, whatsapps dan etc yang menjadi landasan untuk menjual produk dan perkhidmatan.

      Kebaikan

      • Menjimatkan masa - tidak perlu singgah banyak tempat, hanya cari di google barang yang diingini.
      • Menjimatkan kos - tempat letak kereta, petrol, atau tambang, dan tol.
      • Bertukar pendapat dengan pembelian lain atas talian
      • Melihat testimonial sebagai bukti kepuasan pelanggan
      • Mengikuti peredaran fesyen terkini (trend semasa)

      Kelemahan

      • Risiko ditipu penjual
      • Barangan lambat atau tidak sampai
      • Sukar menukar barang akibat kerosakan postage
      • Barangan tidak sama seperti diiklan - warna tidak sama akibat pantulan cahaya atau edited, saiz juga kadang kala berbeza.

      Tips atau Nasihat kepada PEMBELI secara online

      1. Harus bijaksana - tahu yang mana keperluan dan kemahuan.
      2. Berfikir sebelum bertindak - jangan terus bank in tanpa usul periksa sesuatu entiti perniagaan online tersebut.
      3. Jangan mudah percaya dengan gambar, perlu tahu jenis, kualiti, dan material.
      4. Kaji testimonial pelanggan sebelum membeli.
      5. Pastikan anda menyimpan resit dan segala dokumentasi online.
      6. Bagi yang beragama ISLAM lakukanlah akad jual beli setelah menerima barangan.
      "Berbelanjalah ikut kemampuan dan tidak boros"