Makanan adalah penting bagi tumbesaran manusia. Kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk memastikan badan kita kuat dan sihat serta mendapat nutrient yang seimbang. Salah satu makanan yang penting dan seimbang serta berkhasiat ialah buah-buahan.
Mungkin buah-buahan import seperti oren, epal, anggur agak mahal di pasaran. Oleh itu langkah berjimat dan bijak, makanlah buah-buahan tempatan.
Sebenarnya negara kita bertuah mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan.
Buah-buahan tempatan bukan sahaja segar, malah berkhasiat tinggi dan harganya pun murah. Jika rumah anda mempunyai kawasan bolehlah bertanam pisang, nenas, betik dan sebagainya.
Mari kita lihat khasiat yang terdapat dalam buah-buahan tempatan yang biasa kita makan.
Pisang
![]() |
| pisang |
- Memberi sumber tenaga segera
- Membantu mengatasi masalah sembelit
- Mengandungi tryptopphan sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa rileks dan gembira
- Boleh merangsangkan pengeluaran hemoglobin di dalam darah, ini dapat membantu mencegah anemia.
Jambu Batu
![]() |
| Jambu Batu |
- Baik untuk sembelit
- Berkesan untuk menurunkan paras kolesterol dan glukos dalam darah
- Bahan antioksidan yang berkesan
- Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit
- Jus jambu batu yang mentah dapat melegakan batuk dan selsema.
Betik
![]() |
| betik |
- Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar
- Mengandungi antioksidan
- Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk pencernaan makanan
- Baik untuk jantung
- Membantu dalam pemulihan luka.
Nanas
![]() |
| Nanas |
- Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, membantu menurunkan tekanan darah
- Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan
- Membantu untuk membina tulang yang kuat
- Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir kahak
- Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang menyerang sel yang sihat
- Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semulajadi
- Membantu menghalang pembentukan plak.
Tembikai
![]() |
| tembikai |
- Membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular
- Biji tembikai ialah sumber protein yang baik
- Meningkatkan sistem imunisasi badan supaya tidak mudah diserang penyakit
- Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga
- Mengawal tekanan darah.
Jom makan buah-buahan tempahan ...




