Tips untuk menghafal nota
Sebagai murid, bukan mudah untuk seseorang menghafal fakta. Namun demikian, kesukaran menghafal fakta bukanlah penghalang atau alasan seseorang untuk berjaya.
Menghafal ialah satu cara untuk membantu seseorang itu menimba ilmu baharu. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa menghafal sahaja tanpa memahami sesuatu perkara ialah perbuatan yang kurang bijak.
Sikap itu akan membuat seseorang itu mengambil ringan terhadap ilmu yang dipelajari selepas peperiksaan. Fakta bukan setakat diingat tetapi perlu difahami dan dihayati sampai bila-bila.
Tips untuk anda menghafal ...
Mula belajar sejak awal
Rancang sebaik mungkin masa anda untuk mengulangkaji dan cuba memahami sesuatu topik sebelum menghafal.
Mengulangkaji secara sedikit-sedikit
Daya ingatan kita terhad. Otak tidak mampu memproses dan mengingat banyak maklumat. Cuba fokus kepada topik-topik kecil. Buat jadual waktu. Ulangkaji hanya beberapa topik kecil setiap hari.
"Kerja yang paling baik ialah kerja yang sedikit tetapi berkekalan sepanjang masa"
Menggunakan imej sebagai bantuan
Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan atau fakta. Oleh yang demikian dapatkan bantuan imej di setiap hujung nota.
Tampal nota kecil
Menghafal bukan sahaja memerlukan daya ingatan yang kuat. Cubas catat atau tulis fakta dalam bentuk nota kecil dan ringkas. Tampal di lokasi mudah dilihat seperti di cermin, atau di dinding. Bila terlihat nota tersebut cuba baca kembali.
Jaga pemakanan
Pemakanan juga salah satu punca mempengaruhi hafalan. Makanan ringan seperti snek, air bergas, mee segera dll boleh melembabkan fungsi otak
Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat.