Sunday, 17 March 2019

Tips Bangun Awal Pagi.

Assalamualaikum...

Sekiranya anda berniat untuk bangun awal pagi bolehlah amalkan tips ini Insya-Allah:
1.  Sudah semestinya mulakan dengan tidur awal. Jangan tidur lewat yang boleh menyebabkan anda terlewat bangun pagi.

2.  Sebelum tidur niat di hati untuk bangun seawal pagi.

3.  Gunakan bantuan teknologi... Jangan lupa pakai jam loceng untuk mengejutkan anda.

Semoga berjaya....

Tuesday, 13 February 2018

Bismillah....
Amalkan madu dalam diet seharian anda... Insya-Allah ada keberkatan seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Friday, 3 April 2015

Pokok Sambung Nyawa

Khasiat Daun SAMBUNG NYAWA

Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ini setiap hari. Boleh jadikan sebagai ulam ataupun dimakan begitu saja.
Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.
Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.
Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain

Saturday, 18 October 2014

13 cara jimat petrol

Sekiranya diamalkan dengan bijak anda dapat menjimatkan penggunaan bahan api dengan 13 cara:

1. Memandu dengan kelajuan yang sesuai. Jangan gopoh dan elakkan brek mengejut.

2. Jangan membawa muatan yang tidak perlu. Beban 50kg boleh meningkatkan penggunaan minyak 2%.

3. Periksa kadar tekanan angin tayar. Tekanan yang tidak ikut speksifikasi meningkatkan penggunaan minyak 5 - 35%.

4. Servis berkala.

5. Kurangkan kelajuan di bawah 90kmj.

6. Matikan engin jika menunggu.

7. Pilih penggunaan gearyang betul.

8. Membrek pada jarak selamat.

9. Rancang perjalanan.

10. Panaskan enjin sekurang2nya 5 minit.

11. Minimumkan jarak perjalanan yang dekt.

12. Saiz tayar dan saiz rim.

13. Isi petrol pada waktu dingin. Malam atau pagi.

Saturday, 9 August 2014

Tips hebat

Seks setiap malam' rahsia cemerlang Cikgu Alias Ismail

"Rajin membaca,suka berbincang secara intelektual dengan isteri,kemudian kami melakukan seks setiap malam," Kata Tokoh Nilam Negeri Terengganu Cikgu Alias Ismail mengenai rahsian dia dan isteri kelihatan cergas dan bertenaga.

Kenyataannya yang berterus terang itu mengemparkan masyarakat ,namun isteri dan anak sulungnya mempertahankan kenyataan itu.

Kenapa masyarakat nak marah merekakan suami isteri yang sah.Berapa kerap mereka nak berhubung itu terpulang kepada mereka?

Yang kita pelu marah ialah orang melakukan hubungan seks luar nikah yang membuat gejala buang bayi semakin menjadi -jadi sejak kebelakangan ini.

Walaupun macam -macam orang kata ,masih ramai orang yang menyanjunginya kerana sikap jujur dan kerajinannya.

Monday, 21 July 2014

Khasiat Pisang

Selalu Murung dan Tertekan ? Emosi terganggu ? Selalu Stress ? Cuba try makan buah pisang banyak2...

Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.

Khasiat - khasiat Pisang:

✔Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok.
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

✔ Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

✔ Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

✔ Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

✔ Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

✔ Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

Info !

- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 - 6 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam
Photo: Selalu Murung dan Tertekan ? Emosi terganggu ? Selalu Stress ? Cuba try makan buah pisang banyak2...

MAKANAN @ Rahsia Perkahwinan

Saturday, 19 July 2014

Kuaci baik untuk pundi kencing

Kuaci baik untuk pundi kencing

17 Jul – Tahukah anda bahawa kuaci mempunyai kebaikan untuk tubuh badan anda? Ia mampu menguatkan otot pundi kencing. Ini kerana apabila usia semakin meningkat bagi sesetengah orang, masalah gagal mengawal pundi kencing semakin serius jika tidak dikawal. Dipetik dari Harian Metro, pengaliran air kencing setitis demi setitis tanpa disedari ini tentu mengganggu terutama jika hendak sembahyang.

Jadi, untuk mengatasinya anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan biji bunga matahari atau lebih dikenali dengan kuaci.

Ini kerana kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.

Minyak biji kuaci juga baik digunakan dalam masakan kerana ia mampu menurunkan paras kolesterol.

Selain itu, kuaci juga menguatkan otot pundi kencing dan melawaskan pembuangan air kencing.